Untitled Document

 

 

"Pendidikan Diploma Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Melalui Pusat Kerjasama"
PENGENALAN
Program Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ialah satu bentuk pendidikan sepenuh masa iaitu UTM membenarkan (melalui satu Memorandum Perjanjian - MoA) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Institusi Pendidikan Tinggi Kerajaan (IPTK) menjalankan program akademik UTM di premis mereka dengan menggunakan semua kemudahan (fizikal, sumber manusia, kewangan dan lain-lain) mereka sendiri mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh UTM. Satu perjanjian persetujuan hendaklah ditandatangani antara UTM dan IPTS/IPTK bagi membenar dan membolehkan IPTS menjalankan program akademik IPTA

Program Kerjasama UTM mula dilaksanakan pada tahun 1996, bersama dengan 6 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dengan bilangan pelajar awal pada ketika itu seramai 600 orang. Kini, terdapat 13 buah Pusat Kerjasama yang sedang menjalankan 18 program pengajian secara kerjasama dengan UTM dengan bilangan pelajar menjangkau hampir 7000 orang. Kesemua IPTS dan IPTK berkenaan telah mendapat perakuan dan kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Program Akademik UTM bersama Pusat-pusat Kerjasama adalah meliputi bidang- bidang berikut:

i.Kejuruteraan
ii.Sains Komputer
iii.Pengurusan
iv.Teknologi (Berteraskan Kemahiran)

Sehingga tahun 2012, bilangan graduan yang telah dihasilkan melalui Program Kerjasama UTM telah menjangkau lebih 24,000 orang. Kejayaan ini adalah hasil dari kerjasama mantap diantara UTM dengan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan juga Institut Pengajian Tinggi Kerajaan (IPTK) yang terpilih. Namun begitu, IPTS/IPTK yang gagal mematuhi syarat yang ditetapkan oleh UTM boleh ditamatkan daripada menjalankan Program Kerjasama UTM.